Tuesday, July 27, 2010

Catatan pertamaku di bumi padang pasir









kenangan bersama ustaz amin dan kak anis

Assalamualaikum..

Ini adalah entry pertama dalam blog aku yang serba baru ini. Pada kesempatanan yang ada, ingin aku ceritakan mengenai pengalaman aku sepanjang di Mesir.

Hari ini genap sebulan aku di negara padang pasir ini. Pejam celik pejam celik sudah 28 hari aku disini. Masa berlalu sangat pantas. Rasa seperti baru sekejap tadi Ustaz Amin dan isterinya memberitahu aku nasihat-nasihat terakhir..

"Samsul, belajar betul-betul. Jangan main-main. jaga diri baik-baik.kalu ade benda yg tak cukup beritahulah. Sentiasa berniat ikhlas belajar kerana Allah. Yang paling penting, jangan tinggalkan solat"

Kata-kata ini masih terngiang-ngiang di telinga ku...

Ustaz Amin adalah orang yang menjadi antara sebab utama aku disini. Jika Tuhan tidak memunculkan beliau dalam hidupku, entah dimana aku sekarang. Mungkin dah jadi mat moto kot... haha.. Alhamdulillah...

Sewaktu hari aku sampai, keadaan hingar bingar sentiasa. Bunyi hon merata-rata, habuk berterbangan, manusia semuanya berpakaian lain dari apa yang biasa kita lihat di negara kita.

Hatiku berbisik, "mungkin adat kebiasaan orang sini begini kot". Jika dulu aku sering terkejut dengan bunyi hon sebegini, kini ini juga sudah menjadi kebiasaaan bagiku.

3 comments:

  1. Salam Sam,

    Wah!!! Perkembangan yang baik!! Sudah ada blog sendiri..:) Tahniah... teruskan menulis..:)

    ReplyDelete